Resipi yang mudah untuk ibu yang bekerja. Gambar tak berapa cantik sebab diambil dalam periuk hehe…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ketam

Resipi yang mudah untuk ibu yang bekerja. Gambar tak berapa cantik sebab diambil dalam periuk hehe…

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ketam, dibersihkan
  • 4 sudu makan rempah kari ikan
  • 1 cawan air
  • ½ liter santan pekat
  • Garam secukup rasa
  • Serbuk perasa jika suka
  • Minyak untuk menumis
  • Bahan kisar:
  • 2 biji bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan yang telah dikisar sehingga naik bau.
  • Masukkan rempah kari ikan dan gaul rata. Kemudian masukkan 1 cawan air dan gaul sebati.
  • Masukkan garam, serbuk perasa secukupnya dan ketam. Gaul rata dan tutup periuk selama 5 – 10 minit sehingga ketam bertukar warna.
  • Akhir sekali masukkan santan, dan bila ia telah mendidih. Kacau sebati, padamkan api, angkat dan hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN