Bagaimana cara nak masak Kari Kerang dan Kentang?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Kerang dan Kentang

Bagaimana cara nak masak Kari Kerang dan Kentang?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg kerang (Direbus dan ambil isi) 
  • 3 biji bawang merah (Dihiris)
  • 3 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 4 tangkai daun kari 
  • 3 sudu makan rempah kari daging 
  • 1 sudu makan cili kisar 
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • ½ cawan air 
    (Pati asam jawa dibancuh dengan air)
  • 3 biji ubi kentang (Dibelah 4) 
  • 2 cawan santan 
  • 2 sudu makan kerisik 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • ½ cawan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak kemudian tumiskan bahan yang dihiris dan 
      daun kari sehingga wangi. 
    2. Masukkan rempah kari daging, cili kisar dan bancuhan air asam jawa. 
      Kacau rata dan biarkan sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan kentang, santan, kerisik, dan garam. Biarkan sehingga 
      mendidih dan kentang empuk. 
    4. Perlahankan api kemudian masukkan kerang dan tomato. 
      Biarkan sehingga pecah minyak semula. 
    5. Angkat dan sedia dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN