Kacang kelo ni famos dikalangan kaum india. Sebut kelo mcm Hello. Org india panggil murunggai tak silap. Saje tambah koleksi resepi sayur sini.. sedap di masak kari ikan, tapi kali ni kari vegetarian je.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Kacang Kelo

Kacang kelo ni famos dikalangan kaum india. Sebut kelo mcm Hello. Org india panggil murunggai tak silap. Saje tambah koleksi resepi sayur sini.. sedap di masak kari ikan, tapi kali ni kari vegetarian je.

BAHAN-BAHAN

  • bawang merah, putih, seinci halia ditumbuk
  • 1-2 sudu besar cili boh/serbuk cili pun ok
  • sepeket kecil serbuk kari daging
  • 1 tangkai daun kari
  • 1/2 cawan kacang dhal, direbus smpai empuk
  • 1 kiub ayam
  • 1 santan kotak/1 cawan santan pekat
  • 1 asam keping
  • kacang kelo yg siap dikikis dan dipotong 2 inci
  • terung, cili merah, tomato, kentang.. yg sesuai masak kari.
CARA PENYEDIAAN
  • Kacang kelo
  • Kacang ni keras, kikis kulitnya dgn pisau, potong pendek-pendek
  • Tumis bawang,halia, daun kari. Nak umph tambah serbuk lada hitam sikit. Dah wangi masukkan pes cili tumis smpai naik minyak. Tambah serbuk kari.
  • Masukkan 2 cawan air, kacang kelo, dhal(siap rebus) dan biar mendidih. kalo letak kentang, bubuh time ni.
  • Bila kelo nampak dah empuk, tambah santan, asam keping dan kiub ayam.
  • Kuah menggelegak, masukkan sayuran lain, tambah garam, tutup api bila sayur lembut.
  • Kelo ni tak ditelan semua, tapi di gigit2 cuma isi tengah je yg di makan. Kulitnya liat mmg bersusun tepi pinggan. Sekadar berkongsi resepi.. kalo jumpa sayur ni cuba lah baru best. tambah pengetahuan hehe.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN