Project Description

Bagaimana cara nak masak Kari Hijau Ala Thai?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Hijau Ala Thai

Bagaimana cara nak masak Kari Hijau Ala Thai?

BAHAN-BAHAN

  • 8 ketul ayam (Dibuang kulit) 
  • 5 biji bawang merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci lengkuas 
  • 2 batang serai 
  • 5 biji cili hijau 
  • 6 biji cili padi hijau 
  • Sedikit belacan
  • ( Bawang merah, bawang putih, halia, lengkuas, serai, cili hijau, cili padi hijau dan belacan dikisar bersama)
  • 2 biji terung (Dibelah 4) 
  • 2 cawan santan pekat 
  • 1 pokok daun ketumbar (Dipotong pendek) 
  • 3 helai daun limau purut 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 labu bawang besar (Dihiris) 
  • 2 biji tomato (Dibelah 4) 
  • 1 sudu teh gula 
  • 4 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    2. Masukkan ayam dan kacau rata. 
    3. Masukkan terung, garam, gula, dan tuangkan santan pekat. Masakkan sehingga mendidih dan pekat. 
    4. Masukkan daun ketumbar, daun limau purut, asam gelugur, bawang besar, dan tomato. Kacau rata. 
    5. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.