Resipi harian keluarga,sedap dimakan dgn apa saja jenis nasi dan roti.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

?Kari Daging Kerisik™

Resipi harian keluarga,sedap dimakan dgn apa saja jenis nasi dan roti.

BAHAN-BAHAN

  • 1 kilo daging -dipotong nipis dan rebus empuk.
  • 2 sb cili kisar
  • 1 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1/2 jari halia*
  • 4-5 sb rempah kari daging-dicampur sedikit air dan jadikan pes
  • 1 batang serai – dititik
  • 2 lembar daun kari
  • sedikit kayu manis,cengkih,pelaga (penumis)
  • 3 biji kentang – dibelah 4
  • 3 biji tomato – dibelah 4
  • 2 batang lada hijau – dibelah 2
  • 1/2 cawan kerisik
  • 1 keping asam gelugur
  • garam secukup rasa
  • minyak masak – untuk menumis
  • 1/2 biji bawang besar – dihiris
  • 2 ulas bawang putih – dihiris
  • air secukupnya utk kuah
CARA PENYEDIAAN
  • Kisar bahan2 bertanda * dan campurkan bersama cili kisar.
  • Panaskan minyak dlm periuk dan tumis bwg besar dan bwg putih yg dihiris juga daun kari hingga layu dan masukkan campuran bahan kisar,penumis dan serai dan terus tumis hingga hampir kering lalu masukkan pes rempah kari dan tumis hingga wangi dan terbit minyak.
  • Masukkan daging rebus bersama air rebusannya sekali dan juga kentang.Bubuh garam,asam gelugur,kerisik,kacau rata dan masak hingga mendidih.Tambah air jika perlu dan masak lagi biar mendidih dan kentang empuk.
  • Kecilkan api dan masukkan cili hijau dan tomato.Renihkan lagi 10-15 min.Siap untuk dihidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN