Bagaimana cara nak masak Kari Ala Kapitan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kari Ala Kapitan

Bagaimana cara nak masak Kari Ala Kapitan?

BAHAN-BAHAN

  • ½ ekor ayam (Dibuang kulit) 
  • 15 tangkai cili kering 
  • 1 sudu teh lada hitam 
  • 2 batang serai 
  • 2 biji buah keras 
  • 1 inci halia 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 5 biji bawang kecil 
  • 2 ulas bawang putih 
  • (Cili kering, lada hitam, serai, buah keras, halia, kunyit hidup, bawang kecil, bawang putih dikisar bersama)
  • 1 cawan santan pekat 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    2. Masukkan ayam dan kacau sebati. 
    3. Masukkan santan pekat dan garam. Masakkan sehingga ayam lembut. 
    4. Apabila kuah pekat dan pecah minyak, masukkan perahan limau kesturi dan kacau rata. 
    5. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN