Masakan ni saya belajar daripada orang gaji kakak. Masakan Bugis katanya.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kapurung

Masakan ni saya belajar daripada orang gaji kakak. Masakan Bugis katanya.

BAHAN-BAHAN

  • 1/2 pek sagu putih (orang Sabah panggil ambuyat)
  • 1/4 kacang tanah
  • 1 ikat sayur kangkung
  • 10 batang kacang panjang – dipatah-patahkan (jangan dihiris)
  • 3 biji cili padi – boleh tambah lagi kalau nak pedas
  • 1500 ml – air
  • 1 tin ikan sardin (Ayam Brand)
  • Bahan perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Cara buat bebola sagu:
  • Masak sagu dengan air mendidih. Kacau sehingga bancuhan sagu kelihatan pekat/kental. Ambil sesenduk sagu & bulat-bulatkan guna pengepit (‘chopstick’). Rendam seketika bebola dalam semangkuk air suam sementara membuat kuah. Buatlah bebola sagu sehingga habis bancuhan.
  • Cara buat kuah:
  • Kacang tanah digoreng lepas itu kisar. Kemudian didihkan air dalam periuk.
  • Setelah air mendidih, masukkan kacang tanah & ikan sardin yang telah dilumat – biarkan seketika.
  • Kemudian masukkan kacang panjang, kangkung, bebola sagu, cili padi dan bahan perasa. Kacau seketika. Biarkan sayur 1/2 masak kemudian matikan api.
  • Masakan ni boleh dimakan bersama nasi putih, mee atau dimakan begitu sahaja. Ianya sedap semasa masih panas lagi.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago