resepi mak, kekalkan warna ceria kangkung
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
kangkung goreng
resepi mak, kekalkan warna ceria kangkung
BAHAN-BAHAN
- kangkung 1 ikat
- * belacan 1 cm (dibakar dahulu)
- * ikan bilis 2 sudu besar
- * bawang putih 2 ulas
- * bawang besar 1/2 labu
- * bawang merah 3 ulas
- * cili api 5 biji (boleh adjust)
- cili merah 1 biji, di potong2 utk hiasan
- Garam secukup rasa
- sos tiram 2 sudu
CARA PENYEDIAAN
- Tumbuk semua bahan2 yang bertanda *. Tumbuk kasar2 lagi best. Kalau malas boleh guna blender. Dah siap, letak tepi
- potong kangkung dan bersihkan. Panaskan air di dalam periuk sehingga menggelegak. Masukkan kangkong sehingga tenggelam dan layu. Setelah itu, tos kan kangkong.
- Utk pastikan keceriaan warna kangkung, betul2 selepas tos, lalukan di bawah air paip/masak (mcm basuh semula kangkung)
- Dengan minyak yg panas, tumiskan semua bahan2 yg telah ditumbuk hingga naik bau.
- Masukkan garam, sos tiram, serbuk perasa ikan bilis dan cili merah hiasan
- masukkan kangkung yang telah direbus dan ditos tadi. biarkan seketika utk pastikan bahan2 tadi sebati dengan kangkong.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.