Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Merah?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Masak Merah

Bagaimana cara nak masak Kambing Masak Merah?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing  
  • 1 sudu makan  serbuk jintan manis 
  • 20 tangkai cili kering 
  • 5 biji bawang merah  
  • 3 ulas bawang putih  
  • 2 inci halia  
  • 3 biji tomato 
  • (Cili kering, bawang merah, bawang putih, halia dan tomato dikisar bersama)
  • 1 inci kulit kayu manis 
  • 3 kuntum bunga lawang 
  • 3 tangkai daun kari 
  • 1 labu bawang besar  (Dimayang) 
  • 3 sudu makan minyak masak
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh daging kemudian potong kecil. Perapkan daging dan serbuk jintan manis selama 1 jam. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dikisar, kulit kayu manis, bunga lawang, dan daun kari sehingga wangi. 
    3. Masukkan daging yang diperap kemudian kacau rata. 
    4. Apabila daging sudah lembut, masukkan bawang besar dan biarkan sehingga pecah minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN