Resipi dari mak. Boleh jugak guna daging lembu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Masak Hitam

Resipi dari mak. Boleh jugak guna daging lembu

BAHAN-BAHAN

  • 1kg daging kambing
  • *1 sudu teh jintan manis
  • *1 btg kulit kayu (ketuk sikit)
  • *2 kuntum bunga cengkih (ketuk sikit)
  • *5 kuntum bunga lawang
  • *1 biji bwg besar
  • *2cm halia
  • *2 biji bwg putih
  • 2 sudu besar cili giling/mesin
  • Kicap
  • 2/3 sudu air asam jawa
  • sedikit gula merah
  • Garam & kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • Potong daging kambing mengikut kesesuaian anda. Bersihkan.
  • Mesin/blendkan semua bahan bertanda (*). Gaulkan daging kambing tadi bersama dengan garam kunyit, bahan blend, cili mesin dan kicap. Perapkan selama 30 minit
  • Panaskan minyak untuk menumis (2/3 sudu). Tumis bahan perap tadi. Kacau rata kemudian tutup periuk sekejap.
  • Masukkan air asam jawa dan tambahkan air jika perlu untuk melembutkan daging tersebut. Bila daging dah lembut, masukkan gula merah. Masak sekejap. Siap untuk dimakan.
  • Campuran rempah2 tadi akan membantu menghilangkan ‘bau’ kambing bagi mereka yg tak suka bau kambing.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN