Bagaimana cara nak masak Kambing Lada Hitam?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kambing Lada Hitam

Bagaimana cara nak masak Kambing Lada Hitam?

BAHAN-BAHAN

  • ½ kg daging kambing 
  • 5 biji bawang merah (Dihiris halus)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris halus)
  • 2 inci halia (Dihiris halus)
  • 2 sudu makan tepung jagung 
    (Dibancuh dengan 1 cawan air)
  • 2 sudu makan kicap pekat 
  • 2 sudu makan lada hitam (Ditumbuk) 
  • 1 biji tomato (Dipotong 4) 
  • 2 biji cili merah (Dihiris)
  • 2 biji cili hijau (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 tangkai daun sup (Dipotong pendek)
  • 2 tangkai daun bawang (Dipotong pendek)
  • ½ cawan air 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Basuh daging kemudian potong kecil. 
    2. Panaskan minyak kemudian tumiskan bahan yang dihiris halus 
      sehingga layu. 
    3. Masukkan daging dan air. Masakkan sehingga daging lembut. 
    4. Masukkan bancuhan tepung jagung, garam, kicap pekat, dan 
      lada hitam. Masakkan sehingga pekat. 
    5. Masukkan tomato, cili merah, cili hijau, bawang besar, daun sup, dan daun bawang. Kacau seketika.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN