Bagaimana cara nak masak Kalio Sotong?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kalio Sotong

Bagaimana cara nak masak Kalio Sotong?

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor sotong besar 
  • 8 biji bawang merah 
  • 4 ulas bawang putih
  • 5 biji cili merah 
  • 10 biji cili api
  • 1 inci lengkuas 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • 3 batang serai 
  • 3 biji buah keras 
  • 1 sudu makan serbuk ketumbar 
  • 1 sudu teh lada putih 
  • ( bawang merah, bawang putih, cili merah, cili api, lengkuas, kunyit hidup, serai, buah keras, serbuk ketumbar dan lada putih dikisar bersama)
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • 2 helai daun kunyit (Dikoyak) 
  • 4 helai daun limau purut 
  • 3 keping asam gelugur 
  • 5 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak di dalam kuali. 
    2. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi. 
    3. Masukkan santan pekat dan kacau sehingga rata. Biar sehingga mendidih. 
    4. Masukkan sotong, daun kunyit, daun limau purut, garam, dan asam gelugur. 
    5. Masak sehingga kuah pekat dan pecah minyak. 
    6. Sedia dihidangkan. 

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN