Project Description

Bagaimana cara nak masak Kalia Kubis?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kalia Kubis

Bagaimana cara nak masak Kalia Kubis?

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji kubis (Saiz sederhana) 
  • 4 biji bawang merah (Dihiris)
  • 2 ulas bawang putih (Dihiris)
  • 1 inci halia (Dihiris)
  • 2 sudu makan serbuk kari 
  • 2 sudu makan air (Dibancuh bersama kari ayam)
  • 10 keping hati dan pedal ayam (Dipotong) 
  • 1 cawan santan pekat (½ biji kelapa) 
  • 2 sudu makan air asam jawa 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Hiriskan kubis kasar-kasar, kemudian basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan yang dihiris sehingga wangi. 
    3. Masukkan bancuhan serbuk kari kemudian kacau rata. 
    4. Masukkan hati dan pedal ayam. Kacau rata dan masakkan sehingga pecah minyak. Kemudian masukkan santan pekat. 
    5. Masukkan air asam jawa, kubis, dan garam. Kacau rata dan masakkan sehingga kubis layu. 
    6. Hidangkan bersama nasi.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.