Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kailan Goreng Sos Tiram

Sesuai dihidangkan bersama nasi ayam,nasi putih atau apa jua jenis nasi pilihan anda..ratah pun sedap,cuma kalau nak ratah tu kena kurangkan sedikit sos tiram :)

BAHAN-BAHAN

  • 300g kailan/baby kailan/siew pak choy
  • 2 ulas bawang putih-ketuk dan cincang halus
  • 1/2 cawan sos tiram+1/3 cawan air
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 1/3cawan minyak untuk menumis
  • Bawang goreng-untuk hiasan
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dalam kuali.(pastikan guna api yang kuat).Tumis bawang putih hingga naik bau
  • Masukkan sos tiram yg sudah dicampur air. Masukkan gula dan lada sulah..Kacau goreng hingga pecah minyak
  • Masukkan kailan dan kacau goreng seketika sehingga masak tetapi jangan sampai layu.
  • Padamkan api dan terus cedokkan ke dalam pinggan.Taburkan bawang goreng di atasnya. Siap!SELAMAT MENCUBA ^_^

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN