Sesuai sebagai menu tengahari dengan nasi panas. Terpulang dengan citarasa masing2 nak tambah bahan, rasa dan cara.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Kacang Panjang “The Sambal”
Sesuai sebagai menu tengahari dengan nasi panas. Terpulang dengan citarasa masing2 nak tambah bahan, rasa dan cara.
BAHAN-BAHAN
- 1 ikat kacang panjang – anggaran 10 batang
- 3 ulas bawang merah – ditumbuk
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 5 biji cili padi – ditumbuk
- 1 kiub belacan atau 2 inci – ditumbuk
- <300gm> udang kering – direndam seketika
- 1 biji limau kasturi
- * kiub pati ayam – optional
- *Garam, gula / serbuk perasa
- * garam boleh ditukar dengan kiub pati ayam dan penggunaan belacan juga sudah menyediakan rasa masin.
CARA PENYEDIAAN
- Potong kacang panjang dan bersihkan.
- Tumiskan bahan tumbuk sehingga terbit bau dan masukkan udang kering.
- Masukkan kacang panjang dan renehkan seketika. Sekiranya berminat dengan penggunaan *kiub pati ayam, boleh masukkan sekali.
- Tambahkan *garam dan gula / serbuk perasa.
- Perahkan jus limau kasturi, gaul dan sedia untuk dihidangkan.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.