resepi sendiri

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Kacang Kuda Pedas Ikan Bilis

resepi sendiri

BAHAN-BAHAN

  • Kacang kuda – direndam semalaman dan direbus hingga empuk dan tos airnya
  • Ikan bilis – digoreng
  • 1 biji bawang besar – dihiris
  • Asam jawa dibancuh dengan air
  • Serbuk cili – letak mengikut selera pedas masing-masing
  • Daun ketumbar / daun kari
  • Garam + gula secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak dan tumis bawang.
  • Masukkan serbuk cili + air asam jawa (jangan letak bijinya). Biarkan serbuk cili masak dan menjadi pekat.
  • Masukkan gula dan sedikit garam.
  • Masukkan kacang kuda yang siap direbus empuk dan ditos tadi. Biarkan hingga kering.
  • Masukkan daun ketumbar atau daun kari. Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
  • Sangat-sangat sesuai dimakan dengan apa-apa jenis nasi dan nasi bubur.
  • Selamat mencuba. :)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN