Sedap dan senang sangat – yang penting tiada pengawet! Kalau ada jeruk ni memang susah saya, sebab susah nak berhenti!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jeruk Kedondong

Sedap dan senang sangat – yang penting tiada pengawet! Kalau ada jeruk ni memang susah saya, sebab susah nak berhenti!

BAHAN-BAHAN

  • 50 biji kedondong (boleh tukar kepada buah lain seperti mangga muda, cermai atau apa-apa buah yang anda hendak jerukkan)
  • 1/2 cawan garam kasar – larutkan dalam 2 liter air (tak larut sangat pun tak mengapa, masa merendam buah nanti larut la garam tu)
  • 1 cawan gula pasir
  • 1/2 keping gula kabung (boleh ganti dengan 2 sudu besar gula melaka atau gula merah – tak letak pun tak apa)
  • 4 biji cili padi (jika suka – saya suka ada rasa pedas sikit)
  • 2 liter air untuk air gula
  • 1 sudu kecil garam halus atau secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Kupas, basuh dan toskan buah kedondong – rendam dalam air garam semalaman.
  • Bilas buah kedondong dan toskan.
  • Masak air – masukkan gula pasir, gula kabung dan garam halus. Akhir sekali, masukkan cili padi.
  • Bila air gula dah sejuk, tuangkan ke dalam bekas buah kedondong. Biasanya saya masak air gula ni 3 jam sebelum langkah no.2 supaya bila mana sahaja kita dah siap tos buah, air gula pun dah cukup sejuk.
  • Simpan dalam peti sejuk – seelok-eloknya biarkan 2 hari baru dinikmati.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN