Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jeruk Betik Rapuh

Dapat tips merapuhkan jeruk dari Cikgu Liza semasa ngajar kat Seri Muda. TQ Kak Liza.

BAHAN-BAHAN

  • 1 biji betik tua (yang masih keras)
  • 1/2 cawan garam kasar
  • 2 cawan air kapur makan
  • 2 cawan gula
  • 1 keping asam gelugur
CARA PENYEDIAAN
  • Buang kulit buah betik.Belah buang biji dan bahagian yang berbulu-bulu dalam buah.
  • Potong buah betik berkeping2. Masukkan dalam bekas,gaul garam dan tuangkan air kapur.Jika air kapur tidak menenggelamkan buah,bolehlah ditambah air.
  • Potong dan masukkan asam gelugur.Jerukkan untuk tempoh seharian.
  • Apabila buah dah masuk rasa masin atau dah cukup seharian,tuang airnya dan cuci buah.
  • Masak gula dengan 2 cawan air dan tuangkan ke buah.Tenggelamkan buah.Simpan lagi untuk tempoh 5-6 jam.
  • Biasanya selepas 5-6 jam bubuh air gula,jeruk dah ok manis masinnya. Tapi jika dirasakan belum betul2 masuk gulanya,tambah tempohnya lagi.
  • Jeruk yang dah jadi dibuang airnya dan dicuci.Simpan dalam peti ais tanpa air.Malumlah tak berpengawet,nanti berlendir n berbau.Simpan dalam bekas berpenutup.
  • Asam gelugur bertujuan untuk rasa masam2,boleh diganti ngan 2 sudu cuka. Kadang2 maksu juga patah2kan 4, 5 biji cli padi dan masukkan untuk tambah perisa. Selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending