Masa penyediaan dalam 15 minit.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 15min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Jeli Karamel Susu
Masa penyediaan dalam 15 minit.
BAHAN-BAHAN
- 2 1/2 cawan (500ml) susu segar
- 115g gula
- 10g gelatin
- 6~7 biji walnut
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan 4 sudu besar air ke dalam gelatin. Kacau dan ketepikan.
- Masukkan 100g gula dan 1 sudu besar air ke dalam periuk. Masak dengan api besar sehingga perang. Kecilkan api. Masak sehingga agak pekat. Padamkan api.
- Masukkan 1 1/2 sudu besar air kedalam periuk tadi. Kemudian masukkan walnut satu persatu.. Kacau dengan cepat. Biarkan walnut terendam dalam karamel selama 1~2 minit.
- Keluarkan walnut dan atur di atas pinggan.
- Masukkan susu dan gula yang lebih tadi ke dalam periuk. Panaskan sehingga gula larut. Padamkan api. Masukkan gelatin sambil dikacau-kacau supaya tak berketul.
- Masukkan adunan ke dalam cawan puding. Bila dah sejuk boleh simpan dalam peti ais.
- Bila nak makan boleh keluarkan puding. Dan hias dengan walnut tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.