Jelatah Rojak

Mak punya Resepi..sebab pernah makan kat rumah kenduri yang mak jadi rewang.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Jelatah Rojak

Mak punya Resepi..sebab pernah makan kat rumah kenduri yang mak jadi rewang.

BAHAN-BAHAN

  • 2 labu bawang besar – dikisar
  • 2 ulas bawang putih – dikisar
  • 1/2 inchi halia – dikisar
  • 1 kulit kayu manis, 2 biji pelaga, 2 biji bunga lawang
  • 1 mangkuk sedang kacang tanah yang digoreng dan ditumbuk
  • 3 sudu udang kering – dtumbuk
  • 4 sudu biji bijan
  • 2 senduk minyak
  • 10 biji cili padi – ditumbuk
  • 5 sudu besar gula
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang timun – di racik halus
  • 2 batang lobak – diracik halus
  • 2 batang cili merah besar – diracik halus
  • 2 batang cili hijau besar – diracik halus
  • Cuka ikut rasa
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan minyak, masukkan kulit kayu manis, pelaga dan bunga lawang.. masak hingga naik bau baru masukkan bawang putih, bawang merah dan halia yang dikisar..kemudian masukkan cili padi yang ditumbuk bersama udang kering.. Masak hingga kuning.
  • Masukkan kacang tanah yang sudah ditumbuk. gaul rata.. masukkan gula, garam serta bijan. Gaul sampai sebati seperti gambar sebelah ni.
    Bahan ni boleh tahan lama simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan baru gaul dengan sayur
  • Semua bahan yang diracik tadi seperti timun, lobak merah, cili disatukan.
  • Jangan lupa letak cuka. dan rasa ikut selera..Siap untuk dimakan
  • NOTA – Sekiranya ada yang suka manis dan masam… boleh lebihkan gula dan cuka. Jika suka tauge dan tauhu semata pun boleh ganti dengan sayuran diatas.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago