Ni resepi paling simple..hehe

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan tumis asam belimbing =)

Ni resepi paling simple..hehe

BAHAN-BAHAN

  • 2 ekor ikan kembung @ apa-apa ikan yang korang suka =)
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 ulas bawang merah
  • 3 ulas cili padi
  • 2-3 batang daun kesum
  • 4-5 ulas asam belimbing buluh yang telah direbus
  • air separas tenggelam ikan
  • garam secukup rasa
  • sedikit minyak masak untuk menumis
  • sedikit kunyit
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan ikan sebersihnya. nak kurangkan hanyir ikan boleh basuh guna sedikit tepung gandum atau asam jawa
  • hiris nipis bawang putih dan bawang merah.
  • ketuk atau belah cili padi tadi. kalau korang suka pedas boleh tambah 2 3 ulas lagi ye=)
  • carik-carik daun kesum supaya aromanya menusuk hidung bila masak nanti..hehe
  • panaskan minyak…tumiskan bawang merah dan bawang putih tadi.
  • masukkan asam belimbing, ikan dan air separas tenggelam ikan
  • masukkan kunyit, daun kesum, dan cili padi…biarkan hingga kuah mendidih. masukkan garam secukup rasa
  • kacau sikit dan bolehla tutup api..selamat mencuba=)

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN