Ikan yang direbus dulu sebelum goreng.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Tongkol Goreng Kicap

Ikan yang direbus dulu sebelum goreng.

BAHAN-BAHAN

  • (Bahan untuk rebus)
  • Ikan tongkol
  • Asam keping
  • Lengkuas
  • Garam
  • Manisan/gula melaka
  • (Bahan untuk goreng kicap)
  • Bawang besar-hiris
  • Bawang putih- hiris
  • Cili padi- hiris
  • Kacang panjang
  • Kicap
  • Sos tiram
CARA PENYEDIAAN
  • Bersih ikan dan rebus dengan bahan-bahan rebus. Letak sikit air tapi tak payah tenggelam ikan. Tutupkan periuk.. biarkan di atas api 4-5 minit. Ikan yang dikukus semalaman lagi sedap bila digoreng.
  • Goreng ikan tongkol yang direbus sehingga garing. Ketepikan.
  • Tumiskan bawang dan cili sehingga naik bau. Masukkan kicap dan sos tiram. Kacau dalam 1-2 minit. Kemudian masukkan kacang panjang. Goreng dalam 2-3 minit.
  • Kalau nak berkuah masukkan sedikit air rebusan. Lepas tu bolehlah dimasukkan ikan. Kacau biar sebati.
  • Sedap dimakan ketika masih panas-panas.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN