Antara masakan yang paling ringkas, kegemaran keluarga.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Sardin Berlemak

Antara masakan yang paling ringkas, kegemaran keluarga.

BAHAN-BAHAN

  • Ikan sardin dalam tin (saiz sederhana, asingkan ikan dengan kuahnya tu)
  • 3 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih, 2cm halia (semua kisar)
  • 1 sudu besar cili kering kisar
  • 2-3 sudu besar pati santan (campurkan dengan air masak supaya dapat dalam 1/2 cawan santan)
  • 1 asam keping
  • Garam + gula secukup rasa
  • Bawang besar (hiris bulat) & cili muda (hiris serong lebar sikit)
CARA PENYEDIAAN
  • Panaskan kuali & minyak, kemudian tumis bahan-bahan yang dikisar tadi. Agak dah layu tu tambah pulak dengan cili kisar. Kacau sekejap dan tuangkan kuah sardin.
  • Kalau nk lebih kuah, boleh tambah air. Biar mendidih kemudian masukkan ikan sardin. Kacau perlahan, kemudian masukkan asam keping.
  • Akhir sekali, baru masukkan santan tadi bersama dengan garam, gula, hirisan bawang besar dan cili muda. Biarkan sekejap kemudian tutup api.
  • Sedia untuk dihidang!

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN