Bagaimana cara nak masak Ikan Rohu Bakar Bersama Kerabu Mangga?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Rohu Bakar Bersama Kerabu Mangga

Bagaimana cara nak masak Ikan Rohu Bakar Bersama Kerabu Mangga?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 1 ekor ikan rohu (800 g) – Dibersihkan 
  • 5 biji cili api
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 batang serai 
  • 1 inci kunyit hidup 
  • (Cili api, bawang putih, serai dan kunyit hidup ditumbuk hancur)
  • Minyak masak secukupnya 
  • Garam secukup rasa 
  • Bahan B
  • 1 biji mangga muda (500 g) (Dihiris)
  • 1 batang timun (Saiz kecil) (Dihiris)
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris)
  • 1 labu bawang besar (Dihiris)
  • 2 biji cili merah (Dihiris) 
  • 3 biji cili hijau (Dihiris)
  • 5 biji cili api (Dihiris)
  • 1 pokok daun ketumbar (Dihiris) 
  • ½ cawan kacang goreng (Ditumbuk) 
  • 3 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • 1 sudu makan gula
CARA PENYEDIAAN
    1. Sapukan bahan yang ditumbuk hancur dan garam pada kedua-dua belah bahagian ikan. 
    2. Bakar ikan sambil titiskan minyak pada pembakar sehingga masak kedua-dua bahagian ikan. (Bagi mengelakkan isi ikan melekat pada pembakar). 
    3. Bagi membuat kerabu, masukkan semua bahan yang dihiris, kacang goreng, perahan limau kesturi, garam, dan gula ke dalam mangkuk. 
    4. Gaul rata semua bahan supaya sebati. 
    5. Hidangkan bersama ikan yang siap dibakar

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN