masak yang ringkas..mudah dan cepat..
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Masak Tomato
masak yang ringkas..mudah dan cepat..
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan (size sederhana) – goreng
- 4 biji bawang merah – cincang
- 2 ulas bawang putih – cincang
- 1/2 inci halia – hiris nipis
- 3 biji cili padi – hiris bulat
- 1 biji bawang besar – hiris bulat
- 1 biji tomato – belah 6
- 4 sb sos cili
- 5 sb sos tomato
- garam dan serbuk perasa secukupnya
- 1 gelas air
CARA PENYEDIAAN
- tumis bawang putih dan halia sampai naik bau, selepas itu masukan bawang merah dan tumis sampai kekuningan.
- masukan sos cili, sos tomato dan air, kacau dan biarkan mendidih.
- masukan garam, serbuk perasa, bawang besar dan cili padi kacau rata.
- masukan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau rata. selepas itu padamkan api dan siap untuk dihidangkan..
- selamat mencuba dan selamat menjamu selera.. :-)
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.