Sesuai untuk yang berdiet

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Masak Asam Limau Tok Ketom

Sesuai untuk yang berdiet

BAHAN-BAHAN

  • TOk guna ikan Talipia Merah besar ~ Semua jenis ikan sesuai untuk dimasak dengan cara ini kecuali Ikan bilis / Ikan jaws / Ikan Kering / Ikan plastik dan juga IKANO. heheh maaf ye Tok melawak pulak..
  • 3 biji Limau Purut atau 6 biji limau nipis (atau optional Lemon lagi sedap)
  • Air asam jawa semangkuk
  • Halia sebanyak yang mencukupi untuk saiz ikan.. mcm Tok tok guna byk jugaklah anggaran 3 ukuran ibu jari, dihiris nipis2x (sangat2 bagus untuk detox juga)
  • * Kunyit hidup sebesar ibu jari (bagus untuk detox)
  • * 7 biji cili padi atau lebih bergantung pada tahap kepedasan masing2
  • * 3 biji bawang putih
  • * 3 biji bawang merah
  • Air 2 cawan
CARA PENYEDIAAN
  • Bahan bertanda * diblender dan terus dimasukkan dlm kuali berisi 2 cawan air dan 1 mangkuk air asam jawa, berserta ikan yg telah dibersihkan. Masukkan aje terus hirisan halia dan biarkan ikan masak secukupnya. Then masukkan gula & Garam. Harus diingat ini makanan kesihatan jadi pengunaan minyak adalah dilarang sama sekali. Bila ikan masak masukkan gula & garam secukupnya dan perahkan sikit limau yg dihiris nipis tapi jgn masukkan Limau tu sbb limau hanya menyebabkan ikan anda pahit. Jadikan Baki perahan limau sebagai hiasan seperti di atas. Ok?? Selamat mencuba. Azam mau Kurus boleh cuba ni…

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN