2KT = Kicap Kari Tauchu

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Masak 2KT

2KT = Kicap Kari Tauchu

BAHAN-BAHAN

  • 5 ekor ikan goreng
  • 2 biji bawang besar (hiris)
  • 2 biji bawang kecil (tumbuk)
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk)
  • 3 tangkai cili kering (goreng dan tumbuk)
  • 3 batang cili hijau (hiris)
  • 1 batang serai (ketuk)
  • 2 sudu makan tauchu masin (basuh dan tos)
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu kecil kari daging (campur sedikit air)
  • kicap masin
  • air
  • garam
  • perasa
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bawang dan cili kering yang ditumbuk sehingga naik bau.
  • Masukkan bawang besar dan cili hijau. Kemudian masukkan kari. Bila dah wangi masukkan tauchu.
  • Tuangkan sedikit air anggaran setengah cawan (kalo nak cair tambahkan air). Kemudian masukan serai.
  • Lepas tu masukkan sos tiram, kicap masin, garam (kalo dah masin tak yah letak) dan perasa. Gaul.
  • Bila dah mendidih baru masukkan ikan goreng. Masakkan sekejab barulah angkat dan hidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN