Tambahan resepi ikan kukus untuk dikongsi bersama.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan kukus mudah
Tambahan resepi ikan kukus untuk dikongsi bersama.
BAHAN-BAHAN
- 1/2 ekor ikan siakap atau apa-2 ikan mengikut kesukaan dan sesuai dikukus.
- 1/2 biji bawang besar (dimayang)
- 2 ulas bawang putih (dihiris halus)
- 1/2 inci halia (dihiris halus) – saya agak-agak sahaja
- Sebatang serai (diketuk & dipotong)
- Sedikit lengkuas (dihiris halus)
- Gula dan garam secukup rasa
- Perahan lemon
- Cili kering dipotong ikut suka/cili padi dihiris nipis
CARA PENYEDIAAN
- Didihkan air dalam kukus.
- Basuh ikan hingga bersih.
- Letakkan ikan di dalam pinggan/piring.
- Letakkan semua bahan/ramuan yang telah dimayang di atas ikan.
- Tabur sedikit garam dan gula secukup rasa serta perahkan lemon secukupnya. Kukus sehingga masak atau ikut kesukaan kita. Selamat makan. Sedap makan panas-panas.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.