Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum

Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Gulai Berempah Daun Kesum?

BAHAN-BAHAN

  • 4 ekor ikan keli (saiz besar) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • Garam secukup rasa 
  • 1 cawan minyak masak 
  • 1 cawan air 
  • 10 tangkai cili kering 
  • 5 biji bawang merah 
  • 1 inci kunyit 
  • ½ inci lengkuas 
    (Cili kering, bawang merah, kunyit & lengkuas dikisar bersama dengan air)
  • 1 sudu makan serbuk kari 
  • 1 cawan santan pekat 
  • 7 tangkai daun kesum 
  • 2 keping asam gelugur
CARA PENYEDIAAN
    1. Bersihkan ikan keli dan kelarkan. Gaulkan ikan keli dengan serbuk kunyit dan garam. 
    2. Panaskan minyak masak. Goreng ikan keli sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan. 
    3. Masukkan bahan kisar, serbuk kari, santan pekat, daun kesum, dan asam gelugur ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. 
    4. Masukkan ikan keli dan garam. Biarkan mendidih. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN