Project Description

Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Bakar Bersama Air Asam Bunga Kantan?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Keli Bakar Bersama Air Asam Bunga Kantan

Bagaimana cara nak masak Ikan Keli Bakar Bersama Air Asam Bunga Kantan?

BAHAN-BAHAN

    Bahan A
  • 2 ekor ikan keli (Dibersihkan dan dikelar rapat) 
  • 1 sudu teh serbuk kunyit 
  • 2 biji cili api 
  • 1 batang serai 
  • (Cili api dan serai ditumbuk hancur bersama)
  • Garam secukup rasa
  • Bahan B (Air Asam)
  • 1 kuntum bunga kantan (Dihiris halus) 
  • 4 biji cili api (Dihiris kasar)
  • 2 biji cili merah (Dihiris kasar)
  • 1 sudu teh belacan bakar 
  • 1 sudu makan asam jawa 
  • 1 cawan air (Dibancuh bersama asam jawa)
  • 1 biji tomato (Dipotong dadu)
  • 1 labu bawang besar (Dipotong dadu)
  • 1 sudu teh gula 
  • 5 biji limau kesturi (Diambil perahannya) 
  • Garam secukup rasa 
CARA PENYEDIAAN
    1. Lumurkan garam, serbuk kunyit, cili api, dan serai pada ikan, kemudian bakar ikan sehingga garing. 
    2. Bagi membuat air asam, masukkan bahan yang dikisar kasar bersama air asam jawa ke dalam mangkuk. 
    3. Kemudian, gaulkan bersama tomato, bawang besar, bunga kantan, perahan limau kesturi, gula, dan garam. 
    4. Sedia dihidangkan bersama ikan keli bakar.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.