Saja pelbagaikan resipi ikan goreng. Sedap ni untuk diratah atau makan ngan salad!!!

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Goreng Kentang

Saja pelbagaikan resipi ikan goreng. Sedap ni untuk diratah atau makan ngan salad!!!

BAHAN-BAHAN

  • 6 keping isi ikan (saya guna isi ikan King fish = ikan tenggiri kut)
  • garam dan kunyit secukupnya
  • 1-2 biji ubi kentang dia potong nipis
  • 10 biji cili padi dipotong nipis
  • 1 biji bawang besar dihiris halus
  • 4-5 sudu sos tiram
  • minyak secukupnya untuk menggoreng ikan
CARA PENYEDIAAN
  • Gaulkan ikan dengan garam dan kunyit secukupnya. Gaulkan jugak kentang dengan sedikit garam dan kunyit. Panaskan minyak. Goreng ikan sampai masak. Ketepikan. Goreng kentang sehingga masak. Ketepikan.
  • Buangkan minyak. Tinggalkan lebih kurang3 sudu makan saja dalam kuali. Goreng bawang dan cili padi. Setelah bawang layu. Masukkan sos tiram. Saya guna sos tiram Mama Sitas yang dah siap ada gula segala. Kalau guna sos tiram yang lain, letakkan sikit kicap manis untuk menambah rasa. Kemudian masukkan ikan dan kentang tadi. Siap untuk diratah!!! Makan tak leh berenti jugak ikan ni…pekena dengan Greek Salad….lazatttttt!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN