sedikit bawang putih/ bawang merah dan halia ( di blend)
sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
3 sudu kicap pekat/ kicap soya
3 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
sedikit gula ( ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
bersihkan ikan, kemudian perapkan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. (biarkan selama 15minit)
Panaskan minyak. kemudian goreng ikan sehingga nampak sedikit garing.
angkat dan biar kan sejuk.
sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. kemudian masukkan bawang putih/bawang merah dan halia yang telah di blend tadi. Tumis hingga naik bau.
Masukkan Tomato/ epal hijau dan nenas yang di potong dadu. kemudian masukkan sedikit air supaya tidak hangus.
Masukkan pula sos cili/ sos tiram dan kicap pekat. tambah sedikit gula jika mahu. biar mendidih sekejap. bila kuah dah nampak pekat, tutup api.
Tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang telah siap di goreng. Dah siap…
Taburkan sedikit daun bawang jika suka… ~ selamat mencuba~
Kongsi Resepi Ini
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.