Ikan goreng 3rasa simple

Mudah dan sedap

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan goreng 3rasa simple

Mudah dan sedap

BAHAN-BAHAN

  • 1 Ekor ikan(Bawal hitam)
  • 2biji tomato ( di potong dadu dan di buang biji)
  • 1biji epal hijau ( di potong dadu)
  • Sedikit nenas yang telah dipotong dadu
  • 1biji bawang besar ( di potong dadu)
  • sedikit bawang putih/ bawang merah dan halia ( di blend)
  • sedikit serbuk lada putih dan garam secukup rasa.
  • 3 sudu kicap pekat/ kicap soya
  • 3 sudu sos cili
  • 3 sudu sos tiram
  • sedikit gula ( ikut suka)
CARA PENYEDIAAN
  • bersihkan ikan, kemudian perapkan dengan sedikit garam dan serbuk lada putih. (biarkan selama 15minit)
  • Panaskan minyak. kemudian goreng ikan sehingga nampak sedikit garing.
  • angkat dan biar kan sejuk.
  • sediakan kuali dan panaskan sedikit minyak untuk menumis. kemudian masukkan bawang putih/bawang merah dan halia yang telah di blend tadi. Tumis hingga naik bau.
  • Masukkan Tomato/ epal hijau dan nenas yang di potong dadu. kemudian masukkan sedikit air supaya tidak hangus.
  • Masukkan pula sos cili/ sos tiram dan kicap pekat. tambah sedikit gula jika mahu.
    biar mendidih sekejap. bila kuah dah nampak pekat, tutup api.
  • Tuangkan kuah tadi ke atas ikan yang telah siap di goreng. Dah siap…
  • Taburkan sedikit daun bawang jika suka…
    ~ selamat mencuba~

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    4 years ago

    Acar Sengkuang

    4 years ago

    Lemang Jagung

    4 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    4 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    4 years ago