Resipi mudah dan sedap daripada mak. Sesuai dimasak sempena Ramadhan bagi mereka yang kesuntukan masa.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ikan Cencaru Sumbat
Resipi mudah dan sedap daripada mak. Sesuai dimasak sempena Ramadhan bagi mereka yang kesuntukan masa.
BAHAN-BAHAN
- 2 ekor ikan cencaru (kalau kat jepun ni guna aji, pilih yang besar-besar sikit)
- Untuk Isi:
- 1/4 labu bawang besar
- 4 biji cili (ubah ikut tahap kepedasan masing-masing)
- 1/4 biji tomato
- Untuk Kuah:
- Sedikit kicap manis
- Sedikit air
- Perahan air limau nipis (boleh diganti dengan tomato yang dihiris nipis-nipis/air asam jawa)
- Sedikit minyak utk menggoreng
CARA PENYEDIAAN
- Siang ikan – belah belakang badan ikan untuk disumbat .
- Tumbuk hingga hancur semua bahan-bahan untuk isi.
- Sumbatkan bahan-bahan yang telah ditumbuk ke dalam bahagian perut dan belakang badan ikan.
- Panaskan kuali dan goreng ikan dengan minyak sedikit (1-2 sudu). Paling-palingkan ikan sehingga masak.
- Masukkan kicap dan air (ikut selera masing-masing sama ada nak kuah banyak atau sikit). Kalau guna tomato boleh masukkan sekali. Didihkan sebentar.
- Siap utk dihidang!!
(kalau guna limau nipis, perah atas hidangan yang sudah sedia dimakan)
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.