menu peberet seisi keluarga,suka makan time malam atau time wat bbq dgn adik beradik.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

ikan cencaru bakar sumbat kelapa dan kuah asam

menu peberet seisi keluarga,suka makan time malam atau time wat bbq dgn adik beradik.

BAHAN-BAHAN

  • BAHAN A UNTUK KELAPA SUMBAT
  • 1 biji kelapa di parut
  • 4 batang serai dihiris halus
  • 1 sudu besar rempah ratus(jintan putih,jintan hitam,ketumbar)*
  • 6 tangkai cili padi*
  • 2 sudu besar udang kering*
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 sudu kecil kunyit
  • garam n perase secukup nye
  • BAHAN B UNTUK IKAN
  • 8 ekor ikan cencaru
  • garam dan kunyit untuk memerap
  • daun pisang untuk membalut ikan
  • BAHAN C UNTUK KUAH ASAM
  • 3 sudu besar asam jawa
  • 1 labu bawang besar potong dadu
  • 10 tangkai cili padi dihiris halus
  • 2 cawan air
  • garam dan perasa secukupnye
CARA PENYEDIAAN
  • masukkan bahan yang telah ditumbuk lumat (bertanda *) kedalam mangkuk yang berisi kelapa yang telah di parut tadi.masukkan juga garam , perasa , dan kunyit sedikit untuk memberikan warna pada kelapa tadi.msukkan juga serai n rempah kedalamnya dan gaul sebati.asingkan
  • bersihkan ikan,klu saya suka potong belakang ikan.senang sumbat.kompom xterburai kelapa nya nanti.perap dengan garam dan kunyit.
  • sekarang bolehla sumbatkan kelapa yang telah siap td di belakang ikan cencaru tadi.saya suka sumbat banyak2.
  • balutkan ikan yang siap di sumbat tadi,dengan daun pisang.layurkan dulu kat api.senang sikit nak balut kat ikan nanti.pastu bakar kat bara api.klu xde kayu api,bakar atas dapur pon boleh juga. =)
  • untuk kuah asam.sy guna asam jawa yang readymade by ADABI tu.bancuh kan dengan air suam.kalau rase nak pekat boleh kurangkan sikit air.msukkan juga bawang yang dipotong dadu dan cili padi yang dihiris halus.garam dan perase secukupnya.
  • bila sume dah siap boleh la dihidang kan.selamat mencuba.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN