Bagaimana cara nak masak Ikan Cencaru Bakar Daun Kunyit?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Cencaru Bakar Daun Kunyit

Bagaimana cara nak masak Ikan Cencaru Bakar Daun Kunyit?

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan cencaru (saiz sederhana) 
  • 10 biji cili api 
  • 3 biji cili merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 3 biji bawang merah 
  • 1 sudu teh belacan 
    (Cili api, cili merah, bawang putih, bawang merah & belacan dikisar bersama)
  • 2 helai daun kunyit (dihiris) 
  • ½ cawan kelapa parut 
  • ½ sudu teh pati asam jawa 
  • Garam secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
    1. Belah belakang ikan. Basuh dan tuskan. Sapukan garam di dalamnya. 
    2. Gaulkan bahan yang dikisar, daun kunyit, kelapa parut, pati asam jawa, dan garam. 
    3. Masukkan bahan gaul di belakang ikan. 
    4. Bakar menggunakan jaring pemanggang dengan api perlahan selama 10-15 minit. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN