Untuk yang nak simple dan sedap. Boleh dimakan dengan nasi kosong, nasi lemak, or bubur nasi.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan bilis goreng simple

Untuk yang nak simple dan sedap. Boleh dimakan dengan nasi kosong, nasi lemak, or bubur nasi.

BAHAN-BAHAN

  • 3-4 genggam ikan bilis yang telah dikopek
  • 5-6 biji bawang putih
  • 2-3 inci halia
  • 1-2 biji bawang besar
  • 6-10 biji cili padi (ikut tahap kepedasan), boleh ganti dengan cili kering jika mahu
  • 1 genggam kacang tanah (optional)
  • Minyak untuk menggoreng
  • Kicap manis (optional)
CARA PENYEDIAAN
  • Potong kesemua bawang dan cili, nak sedap potong halus, kalau malas potonglah ikut cane gaya pun jangan masuk yang tak potong sudah.
  • Basuh ikan bilis dan kacang tanah. Toskan dan ketepikan
  • Panaskan minyak. Minyak agak-agak dalam suku cawan.
  • Goreng bawang putih, halia, dan cili dahulu sehingga hendak garing, angkat. Kacang digoreng seketika jangan sampai hangus.
  • Goreng ikan bilis sehingga separuh garing kemudian masukkan bawang besar dan goreng lagi sehingga mula layu.
  • Masukkan semula bawang, cili dan kacang yang telah digoreng. Boleh letak sedikit kicap jika mahu.
  • Sedia dihidang dan makan bersama nasi panas dengan telur goreng or bubur nasi kosong. Cepat, mudah, dan menyelarakan, selamat memasak

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi 20 Minit Siap

    Resipi Trending