Resepi ini seperti resepi ikan sweet sour atau 3 rasa, cuma pengunaan buah oren menjadi sedikit kelainan. Sangat sedap digandingkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
IKAN BERSOS OREN SWEET SOUR
Resepi ini seperti resepi ikan sweet sour atau 3 rasa, cuma pengunaan buah oren menjadi sedikit kelainan. Sangat sedap digandingkan dengan nasi panas atau boleh dimakan begitu sahaja.
BAHAN-BAHAN
- Bahan-bahan Ikan
- 800 gm isi ikan tanpa tulang (fish fillet) dipotong ketulan – saya pakai isi ikan jenahak putih
- 1 sudu kecil serbuk lada sulah
- 1-2 sudu kecil Maggi® CukupRasa
- 1/2 cawan tepung jagung
- Bahan bahan Sos Oren Sweet Sour
- 2 biji oren
- 1/2 cawan perahan jus oren atau boleh pakai kordial oren
- 1/2 cawan air
- 4 ulas bawang putih, dicincang
- 1 batang kecil halia dipotong panjang halus
- 1 batang lobak merah dipotong memanjang halus
- 5 sudu besar sos cili Maggi®
- 6 biji cili padi, dihiris nipis
- 1 ulas bawang besar dibelah 8
- 1 sudu besar Maggi® CukupRasa
- 2 pokok daun sup dicincang kasar
- Minyak untuk menumis
- 1/3 cawan air dibancuh bersama sedikit tepung jagung
- 1 sudu kecil gula jika nak sedikit manis
CARA PENYEDIAAN
- Ikan :
Gaul ikan bersama serbuk lada sulah dan Maggi® CukupRasa
Tepung jagung juga digaul bersama sedikit Maggi® CukupRasa
Panaskan minyak dalam kuantiti yang banyak untuk goreng
Golekkan ketulan isi ikan dalam tepung sepenuhnya.
Goreng ikan sehingga kuning keemasan - Sos Oren :
Oren diparut kulitnya.
Oren kemudian di kupas sehingga tinggal isi berwarna oren sahaja dan dipotong dadu - Panaskan minyak, tumis bawang putih bersama halia sehingga wangi dan kemudian masukkan jus oren dan sos cili Maggi®
Masak seketika. Jika agak kering, masukkan air sedikit.Masukan potongan oren dan parutan kulit oren, cili padi, lobak merah dan bawang besar. Tambah sedikit gula jika terlalu masam.
- Taburkan Maggi® CukupRasa dan gaul rata.
- Masukkan sedikit bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
Masak seketika dan tutup api.
Bila hendak hidang, bolehla curah atas isi ikan yang digoreng tadi.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.