Resepi mudah dan cepat untuk disediakan

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bawal Emas Goreng Bersos

Resepi mudah dan cepat untuk disediakan

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan bawal
  • 1/2 labu bawang besar (blend)
  • 3 ulas bawang merah (blend)
  • 3 sudu besar cili giling
  • 1/2 labu bawang besar (dadu)
  • 1 biji epal hijau granny smith (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum merah (dadu kecil)
  • 1/2 biji capsicum kuning (dadu kecil)
  • Buah tomato/tomato ceri
  • Daun kucai (untuk hiasan)
  • 2 sudu besar sos cili Maggi®
  • 1 sudu besar sos tiram Maggi®
  • 2 sudu besar sos tomato Maggi®
  • Sedikit Maggi® CukupRasa™
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Minyak
  • Air
CARA PENYEDIAAN
  • Ikan dicuci bersih, lap dengan kitchen towel.Kemudian perasakan dengan sedikit Maggi® CukupRasa™ dan kunyit.Goreng hingga masak.Ketepikan
  • Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang besar (dadu) hingga layu. Masukkan bahan kisar tumis sebentar hingga agak garing.
  • Kemudian masukkan cili giling, tumis hingga pecah minyak.

    Satukan semua sos ke dalam mangkuk kecil (sos cili Maggi®, sos tomato Maggi® dan sos tiram Maggi®) masukkan sedikit air (lebihkan air jika suka banyak kuah)

  • Tuangkan sos ke dalam tumisan.Sesuaikan rasa, tambah sedikit Maggi® CukupRasa™ (tak perlu masukkan garam dan gula sebab Maggi® CukupRasa™ dah lengkap semuanya)

    Renehkan sebentar, supaya kuah pekat.

  • Masukkan epal hijau, capsicum dan daun kucai(simpan sedikit untuk hiasan).Gaul sebati.Jika suka yang masih rangup boleh terus tutup api.Kalau suka yang lembut siket, biarkan sebentar atas api.Kemudian tutup api Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai
  • Tuangkan sos ke atas ikan yg telah digoreng tadi.Taburkan daun kucai
  • Dah siap.Senang kan? Ada Maggi® CukupRasa™ kerja memasak jadi lebih mudah

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN