Macam di Portugis Grill…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bakar Portugis

Macam di Portugis Grill…

BAHAN-BAHAN

  • 1 ekor ikan kembung
  • 1/2 biji air perahan limau nipis
  • 1/2 sudu besar kicap pekat
  • Garam
  • Gula
  • Daun pisang
  • Minyak masak
  • Bahan Kisar:
  • 4 tangkai cili merah
  • 4 biji buah keras
  • 8 ulas bawang merah
  • 1 batang serai
  • 1/2 inci belacan
  • 1 sudu besar serbuk cili
  • 2 helai daun limau purut
CARA PENYEDIAAN
  • Tumis bahan-bahan yang telah dikisar.
  • Tambahkan air perahan limau nipis dan kicap pekat. Tambah gula dan garam.
  • Bersihkan ikan dan daun pisang.
  • Bungkus daun pisang, ikan dan kuah dengan lapisan aluminium. Lipatkan kemas-kemas setiap sisi.
  • Bakar atas kuali leper lebih kurang 15 minit. Ikan boleh diganti dengan udang, sotong atau lala. Boleh juga ditambah bendi atau kacang botol.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN