Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Bersambal?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bakar Bersambal

Bagaimana cara nak masak Ikan Bakar Bersambal?

BAHAN-BAHAN

  • 1 kg ikan pari (dipotong dan bersihkan) 
  • 3 sudu makan minyak masak 
  • 5 biji cili api 
  • 5 biji cili merah 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 1 labu bawang besar 
  • 1 batang serai 
    (Cili api, cili merah, bawang putih, bawang besar & serai dikisar bersama)
  • 1 sudu makan pati asam jawa 
  • 10 tangkai daun kesum 
  • Garam secukup rasa 
  • Beberapa helai daun pisang (dipotong kecil dan lap)
CARA PENYEDIAAN
    1. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang dikisar sehingga pecah minyak. 
    2. Masukkan pati asam jawa, daun kesum, dan garam. Kacau rata dan masak sehingga pecah minyak. 
    3. Lapikkan daun pisang di dalam kuali. Letakkan ikan pari. 
    4. Letakkan sambal di atas ikan dan tutup dengan penutup kuali. 
    5. Masakkan selama 10-15 minit dengan api sederhana sambil terbalikkan ikan sekali-sekala. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN