Untuk menambahkan resepi ikan bakar….

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Ikan Bakar Berlada

Untuk menambahkan resepi ikan bakar….

BAHAN-BAHAN

  • 3 ekor ikan cencaru (600gm). Boleh juga guna ikan siakap, jenahak, gerut atau pari.
  • 5 sb cili boh / lada giling
  • *3 biji bawang merah
  • *2 biji bawang putih
  • *1/2 inci kunyit
  • *1/2 inci halia
  • 1 sk pati asam jawa adabi / 2 sb air asam jawa
  • sedikit garam, gula dan pak aji ikut sedap rasa
  • 1 btg serai dititik
  • 2-3 biji limau kasturi
CARA PENYEDIAAN
  • Bersihkan ikan, sbb ikan ni kecik saya buat poket kat belakang ikan, kalau guna ikan besar mcm jenahak, siakap lebih elok belah tgh terus mcm ikan masin.
  • Kisar bahan bertanda *. Tumis lada boh hingga garing kemudian masukkan bahan kisar. Letakkan serai yg dititik. Bolehlah letak asam jawa, garam, gula dan perasa. Tumis sampai garing. ( sambal ni boleh buat byk simpan fridge ). Kalau tumis garing boleh simpan sampai 1 minggu.
  • Sumbat sambal dalam ikan. Kalau guna ikan besar, letak sambal pd bhgn dlm ikan. Bakar ikan.
  • Perahkan limau kasturi masa makan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN