Resipi ni dpt kat internet. Tak perlu breadmaker. Guna tangan uli dah cukup…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Homemade White Bread

Resipi ni dpt kat internet. Tak perlu breadmaker. Guna tangan uli dah cukup…

BAHAN-BAHAN

  • ** Bahan A**
  • 1 cawan tepung high protein
  • 1 cawan air suam
  • 1/3 cawan gula
  • 3/4 sudu besar yis segera
  • ** Bahan B **
  • 3/4 sudu teh garam
  • 1/8 cawan minyak sayuran
  • 2 cawan tepung high protein
CARA PENYEDIAAN
  • Satukan Bahan A ke dalam mangkuk adunan. Kacau hingga tidak berketul2..
  • Masukkan Bahan B dimulai minyak dan garam. Tepung masukkan sikit2 sehingga habis. Uli hingga jadi doh.
  • Doh akan melekat-lekat pada tangan. Jika ini berlaku, tambahkan sedikit tepung sehingga doh HAMPIR tidak melekat di tangan (maksudnya masih nak lekat, tapi bila di uli dah kurang melekat)
  • Keluarkan doh ke atas papan canai, dan uli + tumbukan + tarik doh dalam masa 15 minit. Kemudian minyakkan sedikit pada mangkuk. Peramkan doh dalam mangkuk dan tutup mangkuk dengan kain lembap. Biarkan 2 x ganda.
  • Apabila doh sudah naik, tumbukkan doh untuk buang anginnya. Uli sekali lagi dan rehatkan doh selama 10 minit.
  • Tumbukkan doh, bentukkan saiz standard roti, masukkan dalam loyang roti (saiz standard seperti roti gardenia 12 keping)
  • Biarkan doh naik sehingga 2 x ganda
  • Bila dah naik, bakar dalam oven sehingga permukaan roti bewarna coklat gelap. Tapi pastikan permukaan bawah berwarna coklat keemasan
  • Selamat Mencuba!!!

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN