ambek resipi ni dr membe fb….gebu gler….
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Nusantara
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
homemade ais krim
ambek resipi ni dr membe fb….gebu gler….
BAHAN-BAHAN
- 1 tin susu pekat manis
- 2 tin air masak(sukat guna tin susu)
- 1 sudu besar ovallet
- 1 sudu besar tpg jagung
- 1 penutup esen vanilla
- 2 sudu besar serbuk koko
- Pewarna merah jambu
- ckit perisa strawberry
CARA PENYEDIAAN
- Masukkan susu pekat manis dan air masak ke dalam periuk
- Masukkan tepung jagung,kacau rata(tepung jagung ditambah supaya aiskrim tak cepat cair apabila dikeluarkan nanti)
- Kacau atas api hingga agak2 tepung tadi masak(kacau sekejap je,tapi saya kacau hingga mendidih sikit)
- Angkat adunan tadi dan masukkan dalam mangkuk besar(kalo tuang dalam mangkuk mixer pastikan mangkuk tu besar sebab adunan akan bertambah/naik selepas dipukul).Sejukkan dahulu
- Apabila dah sejuk,tambahkan ovallet dan esen vanilla
Pukul dengan mixer menggunakan kelajuan tinggi(high speed).Pukul hingga gebu dan ringan
Mula-mula adunan tu sikit je,lepas dipukul akan bertambah dan teksturnya jadi lebih kurang adunan kek,sedikit likat - Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian(ikut suka nak buh berapa warna dan perisa)saya bahagi 3 bahagian
- Satu adunan dibiarkan asal/plain(perisa vanilla)
Satu adunan bubuh perisa strawberry dan pewarna pink/merah jambu(perisa strawberry)
Satu adunan lagi bubuh serbuk koko(perisa coklat)
Saya bancuh serbuk koko dengan sedikit air panas,pastu masukkan dalam adunan dan pukul dengan mixer sekejap - Pastu boleh le dicorakkan aiskrim tu cam nak buat marble tu,tuang secara berselang-seli sehingga habis
- Tutup bekas dan masukkan ke dalam peti ais
Bila dah beku/keras boleh la dinikmati…
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.