Diolah daripada resipi makanan barat yang ada ikut citarasa dan barangan dapur yang ada jer..

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Herbs Salmon Baked with Orange Sauce

Diolah daripada resipi makanan barat yang ada ikut citarasa dan barangan dapur yang ada jer..

BAHAN-BAHAN

  • Bahan untuk ikan
  • -2 potong ikan salmon
  • -italian Herbs dan serbuk cili
  • -1 biji bawang merah (potong dadu)
  • -1 ulas bawang putih (dipotong dadu)
  • -3 sudu besar minyak zaitun (klu nk guna minyak biasa pom bleh)
  • -garam & lada hitam
  • -1 potong oren (nk guna lemon pun boleh)
  • Bahan Untuk Sos/Gravy
  • -5 sudu besar air perahan oren/ lemon/ limau nipis (nk campur tiga2 pun bleh sbb nkkan masamnye shj. klu xmasam, ikan jd muak bila makan)
  • -2 sudu besar heavy cream (klu xde guna cheese cream pun leh)
  • -5 sudu besar air masak
  • -garam dan lada hitam
  • -Parsley (chopped) sy xguna sbb out of stock. klu msk ni lg best!
  • -1.5 stick butter (diced)
  • lain-lain bahan tambahan
  • suggested serve ngn sayur2 yang dicelur macam dalam gambar. nk serve dgn chips pun boleh..
  • putih telur
CARA PENYEDIAAN
  • letak pan yang diisi dgn miyak masak supaya ikan tidak melekat. klu nk guna foil pun boleh..sebelum tu panaskan oven.
  • campurkan bahan-bahan ini: italian herbs,garam, lada hitam, serbuk cili, bawang merah dan bawang putih. gaul sume sampai sebati.
  • pukul putih telur sampai berbuih sikit, celup ikan dalam tu dan letak dalam pan. tabur herbs atas ikan depan belakang. lepas tu, siram baki minyak atas ikan tersebut.
  • masukkan dalam oven. biar msk dalam 10-15 minits. bergantung pada tebal dan besar ikan. saya suka ia agak garing dan jadi golden brown sikit2 baru keluarkan.
  • then masa untuk buat sos.. amek pan, letak air perahan limau tadi, letak air dan cream.
  • buka api paling slow, jgn sampai menggelegak. sentiasa kacau. bila dah agak panas, ada wap keluar, masukkan butter sikit, sikit. bergantung kepekatan cane nak.. kalu sos dah jadi pekat, masukkan garam dan lada hitam, pastu parsley. kacau kejap, siap! kalu rajin, letak plak lemon zest. terbaik!
  • untuk sayur plak, celur karot, brokoli and bunga kobis dan kentang. dah menggelegak, tost kan ia siram ngn air sejuk terus sebab nak stopkan ia jadi overcook. letak balik dlm periuk panas tadi, masukkan butter, garam and lada hitam. gaul kejap (sampai butter cair) siap!
  • ready to be serve.. selamat mencuba!
  • actually nampak payah, sebenarnya senang je.. lebih kurang 20 minit dh settle sume. ikan tu nk goreng pun boleh, cuma ia akan jadi raw kat tengah2 tu..sape suka mentah, leh la goreng. nk goreng jgn guna api slow sgt sebab ikan ni makan minyak.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN