Herbs-n-Tomato-Sauce Spaghetti

Belajar dari mak mentua. Resepi ringkas, menyihatkan dan sedap untuk dicuba.

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Resipi Ringkas

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

0jam 0min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Herbs-n-Tomato-Sauce Spaghetti

Belajar dari mak mentua. Resepi ringkas, menyihatkan dan sedap untuk dicuba.

BAHAN-BAHAN

  • 500 gram daging cincang (atau apa-apa jenis daging yang disukai)
  • 2 biji bawang besar – potong kiub
  • 1 tin puri tomato atau 2 biji tomato segar – potong kiub
  • 3/4 mentega,
  • 4 sudu cili kisar
  • 4 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos cili
  • 1 cawan sos spaghetti (jika suka)
  • 1 cawan sayuran campuran, lobak merah, cendawan, lada benggala atau apa-apa sayuran yang disukai
  • 1/2 sudu Italian herbs (campuran herba Itali)
  • 1/2 sudu daun Rosemary
  • 1/2 sudu daun Oregano
  • 2 sudu gula,
  • Garam secukup rasa
  • Tepung jagung – jika suka
  • Air
  • Keju parmesan (Kraft) yang diparut
CARA PENYEDIAAN
  • Basuh spaghetti dan lembutkannya di dalam kuali bersama garam dan air.
  • Kemudian, angkat spaghetti dan toskan.
  • Cairkan mentega dan tumis bawang bersama cili sehingga naik bau.
  • Kemudian, masukkan pula tomato atau puri tomato, sos tomato, sos cili, sos spaghetti, daging cincang dan secawan air. Masak daging sehingga separuh masak.
  • Selepas itu, masukkan pula campuran herba Itali, oregano, rosemary dan tepung jagung (yang dibancuh bersama sedikit air) untuk pekatkan kuah. Biarkan seketika di atas api yang perlahan sehingga daging betul-betul empuk.
  • Boleh la masukkan sayuran, garam dan gula. Bila lobak dah cukup lembut, boleh tutupkan api.
  • Ambil spaghetti tadi dan letakkan di dalam mangkuk berasingan. Tuang kuah/sos di atasnya. Taburkan keju yang diparut tadi dan sedia untuk dihidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.

    myresipi

    Share
    Published by
    myresipi

    Recent Posts

    Nasi Ayam Hainan

    3 years ago

    Acar Sengkuang

    3 years ago

    Lemang Jagung

    3 years ago

    Ondeh- ondeh kelapa

    3 years ago

    Ayam Rendang Hitam

    3 years ago