Biskut asam haw atau asam deduit.
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Resipi Ringkas
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
0jam 0min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Haw Flakes Cookies
Biskut asam haw atau asam deduit.
BAHAN-BAHAN
- 140g mentega – suhu bilik
- 70g gula halus
- 1 biji telur
- Sedikit esen vanila
- 200g tepung
- 1/2 sudu kecil tepung penaik
- 5 pek asam haw (‘haw flakes’) atau asam deduit
CARA PENYEDIAAN
- Pukul mentega sehingga jadi bentuk krim.
- Masukkan gula pukul sehingga putih.
- Kemudian masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati.
- Ayakkan tepung dan serbuk penaik ke dalam no.3.
- Lepas tu masukkan pula kepingan asam haw. Buka sekeping-sekeping. Kacau biar semua bergaul rata.
- Bahagi adunan kepada dua bahagian. Taburkan sedikit tepung ke atas papan canai. Buatlah bentuk bulat dan memanjang. Lepas tu balut dan simpan dalam peti sejuk 1-2 jam.. (atau sehingga keras untuk senang dipotong).
- Potong setebal 7mm. Kemudian bakar selama 15 minit dengan suhu 180C.
Sertai Kami & Kongsikan Resepi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resepi kebahagian anda dengan kami.