Ringkas dan senang…

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Asian

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Hati Masak Kicap Lada Hitam

Ringkas dan senang…

BAHAN-BAHAN

  • 500gm hati lembu – dihiris nipis (*)
  • 1 sudu besar lada hitam – disangai dan ditumbuk halus (*)
  • 8 sudu besar kicap (*)
  • 2 ulas bawang merah – dihiris ***
  • 1 ulas bawang putih – dihiris ***
  • 1 kuntum bunga lawang ***
  • 5 kuntum bunga cengkih ***
  • 1 batang kulit kayu manis ***
  • 2 biji lada merah – dibelah 2
  • Sebiji bawang besar – dipotong bulat
  • Gram dan perasa secukupnya
CARA PENYEDIAAN
  • Perap bahan bertanda (*) selama lebih kurang 15-20 minit.
  • Panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bahan bertanda *** hingga kekuning-kuningan.
  • Masukkan hati yang telah diperap tadi dan kacau hingga sebati. Tutup sebentar hingga mendidih.
  • Tambahkan air jika perlu dan biarkan mendidih lagi.
  • Masukkan garam dan perasa. Kacau hingga sebati.
  • Akhir sekali masukkan cili merah yang telah dibelah dan juga bawang besar. Masak hingga bawang layu.
  • Siap untuk dihidangkan. Jika suka boleh tabur daun bawang/sup semasa menghidang.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.

    Resipi Popular

    Artikel Popular

    Video Terkini

    Restoran Pilihan JJCM

    Laura Medina Cafe

    Menyajikan "world menu", antaranya sajian Barat, Korea dan tempatan.

    Mari Makan

    Menyediakan pelbagai masakan Barat dan tempatan.

    Restoran Gegey (Shah Alam)

    Mula beroperasi sejak tahun 2016, Restoran Gegey menawarkan lima jenis hidangan nasi pada harga dibawah RM8.00!

    RESTORAN PILIHAN