Project Description

Bagaimana cara nak masak Hati Goreng Berlada?

PENULIS

myResipi

MASAKAN

Nusantara

TAHAP KESUKARAN

Medium

FAKTA MASAKAN

40 min
PENYEDIAAN

4 orang
HIDANGAN

Hati Goreng Berlada

Bagaimana cara nak masak Hati Goreng Berlada?

BAHAN-BAHAN

  • 500 g hati lembu 
  • ½ cawan minyak masak 
  • 3 batang serai (diketuk) 
  • 1 inci halia           
  • 15 biji cili api      
  • 6 biji cili merah        
  • 10 biji bawang merah 
  • 5 ulas bawang putih 
  • ( Halia, cili api, cili merah, bawang merah dan bawang putih dikisar bersama)
  • 1 inci kulit kayu manis  
  • 1 cawan air 
  • 1 sudu teh gula 
  • Garam secukup rasa 
  • 2 labu bawang besar (dihiris kasar) 
  • 1 sudu teh lada hitam kisar 
  • 2 pokok daun bawang (dipotong pendek) 
CARA PENYEDIAAN
    1. Hati dihiris nipis dan sederhana. Basuh dan tuskan. 
    2. Panaskan minyak masak. Tumis serai, bahan yang dikisar, dan kulit kayu manis sehingga pecah minyak. 
    3. Masukkan hati, air, gula, dan garam. Kacau rata sehingga sebati. 
    4. Masukkan pula bawang besar dan lada hitam. Kacau lagi sehingga sebati.  
    5. Masukkan daun bawang. Kacau sebati. Hidangkan.

Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda

Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.