cara senang nak buat ham sendiri. sedap!!! resepi dari cookpad.com
PENULIS
myResipi
MASAKAN
Asian
TAHAP KESUKARAN
Medium
FAKTA MASAKAN
40 min
PENYEDIAAN
4 orang
HIDANGAN
Ham Ayam
cara senang nak buat ham sendiri. sedap!!! resepi dari cookpad.com
BAHAN-BAHAN
- 2 keping dada ayam
- *1 s/t garam
- *1 s/t gula
- *1 s/t lada hitam (freshly ground)
- *1 tangkal rosemary (cincang)
- *1 tangkal thyme (leraikan dari tangkal)
CARA PENYEDIAAN
- buang kulit dan bersihkan ayam.
- dengan menggunakan pisau selinap daging dari bahagian tengah ke tepi supaya daging itu leper nipis seperti dalam gambar.
- campur semua bahan bertanda * dan lumur pada ayam. ramas2 kan sebentar.
- masukkan kedalam ziploc bag, keluarkan udara dan “seal”kan. perap selama 2 hingga 4 hari didalam peti sejuk.
- selepas diperap, keluarkan dari peti sejuk.
didihkan air secukupnya untuk merebus.
sementara itu, lampirkan 2 atau 3 helai plastik wrap.
letak daging ayam dengan bahagian berkulit(walaupun dah dibuang kulit) dibawah seperti dalam gambar. - gulung kemas ayam.
- balut dengan plastik dan ikat dengan benang seperti dalam gambar.
- balut lagi dengan aluminium foil.
- rebus dalam air mendidih selama 15 minit. balik-balikkan. tutup api dan biarkan sejuk dengan sendiri dalam periuk selama 1/2 hari. kalau buat malam, keesokan harinya bolehlah dibuka.
- hiris dan hidangkan. sedap dimakan bersama sandwich ataupun salad.
- –nota–
lada hitam dan herb boleh ditambah atau dikurangkan dan juga ditambah dengan herb lain mengikut kesukaan masing2. kalau tiada fresh herbs, bolehlah menggunakan dry herbs.
Sertai Kami & Kongsikan Resipi Anda
Daftar sekarang dan kongsikan resipi kebahagian anda dengan kami.